Video Kisah Benar Kesan Produk Noni BSY

Wednesday, November 24, 2010

Produk Enzim Noni ( Mengkudu ) BSY - Penyembuh Segala Penyakit Kecuali Mati


PRODUK 1 : ENZIM NONI



1. APA ITU NONI ???


NONI tumbuh liar di kepulauan French Polynesia. Jika buah Noni ini matang ia akan menjadi keputihan dan pada umumnya akan mengeluarkan bau yang tidak enak.Terutama jika tumbuhnya di pinggir kubur. Noni atau mengkudu juga mempunyai daya penyerapannya sangat kuat sekali seperti pokok nanas. Pokok Noni akan menyerap apa saja yang ada didalam tanah sebagai sumber makanan.


Buah Noni atau Mengkudu ini sifatnya unik. Berbuah dulu baru berbunga. 1 buah lebih dari 1 bunga. Buah Noni juga jauh lebih besar dibandingkan dengan yang ada di Malaysia,Indonesia dan negara lain contohnya India. Daunnya pun besar. Pokok Noni ini tidak memiliki musim. Ia akan berbuah sepanjang tahun. Yang paling unik adalah jika buah Noni ini sering dipetik, buahnya akan tambah banyak.



Daunnya besar berukuran 15-50 x 5-17 cm dan berbentuk tunggal. Pucuk noni muda biasanya dijadikan sayuran atau ulaman. Ia kaya dengan vitamin A. Bunga noni pula kecil-kecil berwarna putih dan berbau agak wangi. Bunganya mempunyai dua jantina iaitu jantan dan betina. Buahnya bulat sebesar telur ayam, permukaannya agak berkerutu. Ketika muda buahnya berwarna hijau dan akan bertukar menjadi kuning apabila masak. Mengkudu membiak melalui keratan batang dan biji benih. Biji noni berwarna hitam dan boleh bertahan selama 6 bulan. Ia akan bercambah setelah 3-9 minggu disemai. Ia akan mula mengeluarkan buah setelah lebih kurang 3 tahun ditanam dan akan mengeluarkan buah sepanjang tahun selama lebih dari 25 tahun. Noni mula di komersialkan di Hawaii pada tahun 1993 setelah para saintis membuat kajian mengenai khasiat perubatannya.


Sebenarnya buah noni telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan.


Saintis pertama yang mengkaji tentang buah noni ialah seorang ahli biokimia yang terkenal, Dr. Ralph Heinicke. Beliau turut mendapati kandungan proxeronine dan proxeronase dalam buah noni. Maka, Dr. Heinicke telah merumuskan bahawa buah noni ialah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.


Dalam kajian fisiologi Dr. Heinicke, beliau mendapati proxeroninepenting untuk mensistesis alkaloid xeronineXeronine ialah sejenis protein yang hanya dapat dihasilkan dalam usus manusia. Kekuranganxeronine boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.


Bagi Dr. Amarullah H. Siregar, DiHom, DNMed, Msc, Phd beliau mengatakan kandungan bioaktif dalam noni atau mengkudu ini mempunyai kemampuan untuk merevitalisasi sekaligus meregenerasi sel-sel syaraf dan berperanan penting dalam meregulasi system kardiovaskuler. Selain meningkatkan stamina, noni juga mampu menormalkan fungsi sel dan membunuh cancer yang aktif pada tubuh. Sebab itulah menjadikan buah noni yang berasal dari Tahiti ini meraih Top 10 Cancer Treatment dari The American Association for Cancer Research. Jika diamalkan secara berkala,ianya boleh dianggap sebagai tindakan preventif yang tepat.


2. Apakah Enzim Noni ?

  • Ubat Enzim noni dibuat dari Buah mengkudu yang disebut sebagai noni oleh masyarakat barat atau nama saintifiknya morinda citrifolia 
  • Ia begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan.
  • Boleh digunakan untuk merawat penyakit kronik seperti penyakit barah atau kanser, penyakit jantung, strok, diabetes (jenis 1dan jenis 2), afrodiasiak, kegemukan, tekanan darah tinggi, rheumatism, sakit alergik, masalah pencernaan, masalah pernafasan, masalah tidur, gangguan fungsi otak, penyakit buah pinggang, ataupun tekanan.
  • Buah mengkudu juga Insya Allah dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.

3. Penyakit boleh dirawat ?


Secara umumnya, buah mengkudu boleh membantu dalam penyakit di bawah (dengan izin Allah ) :-

1. Diabetis 
2. Darah Tinggi 
3. Gout 
4. Sakit Jantung 
5. Asthma 
6. Sinus/Resdung 
7. Insomnia 
8. Kaki Gajah 
9. Penyakit Kulit 
10. Kanser Payudara 
11. Strok 
12. Sakit Pinggang 
13. Sakit dan Sengal Otot 
14. Kesukaran Hamil 
15. Migrain 
16. Masalah Syahwat 
17. Arthritis 
18. Buasir 
19. Rheumatism 
20. Buasir 
21. Gangguan Fikiran 
22. Masalah seksual 
23. Kegemukan 
24. Alergi 
25. Kanser Hati ( Liver )
25. Barah 
26. Diabetes  












4. Adakah ada kajian saintifik ?


Noni Enzim BSY  Free Pos Laju




Keratan Akhbar bukti keberkesanan ubat Noni Enzim Mengkudu






5. Bagaimana  cara Noni membantu dan cara menggunakannya ?

Noni Enzim BSY  Free Pos Laju

Gambar testimoni produk ini boleh dilihat di sini http://www.flickr.com/photos/nonibsy/ 



PRODUK 2 : NONI BSY HAIR MAGIC



  • Apakah produk Noni BSY BLACK HAIR MAGIC ?
Noni Bsy Black Hair Magic syampu merawat rambut yang mengandungi herba berkhasiat seperti buah noni ( mengkudu), ginseng asli, ganoderma lucidum yang memberikan nutrisi pada rambut dan kesihatan rambut yang maksimum.
Noni Bsy Black Hair Magic sangat berkesan untuk menukar rambut anda menjadi hitam berkilat. lebih hebat, ia dapat mengatasi kelemumur degil, gatal kulit kepala, memberi suplemen kepada akar rambut dan berkesan mengatasi rambut gugur.
Noni Bsy Black Hair Magic selamat dan sihat, tanpa pewarna rambut dan bahan kimia, ia kekal hitam dan tidak akan bertukar menjadi warna merah, lantas menjadi produk terbaik utk menggaya rambut.
Noni Bsy Black Hair Magic ini sangat baik untuk anda yang mengalami masalah uban. penggunaan berterusan 4 kali sebulan akan menumbuhkan rambut baru yang hitam dan sihat.

Produk ini dijamin HALAL. Untuk pengesahan dan maklumat lanjut, sila layari website di bawah ini.




  • BAGAIMANA CARA MENGGUNAKANNYA ?


1. Memakai sepasang sarung tangan atau plastik (bahagian akhir kuku anda akan menjadi hitam oleh bahan aktif tumbuhan semulajadi, tetapi tidak menjejaskan kesihatan sama sekali)
2. Basuh rambut anda yang berminyak & keringkan, kemudian lembapkan sedikit rambut.
3. Ratakan syampu ke seluruh rambut seperti penggunaan syampu biasa dengan membenarkan syampu sampai ke akar rambut. Biarkan selama 10 minit.  
4. Kemudian, bilas rambut anda sehingga bersih dan sikat rambut seperti biasa. Hasilnya, rambut hitam yang anggun dan wajah tampak muda berseri.

WARNA HITAM ADALAH DARI WARNA SEMULAJADI BIJI NONI




  • HARGA ?

1 botol ENZIM NONI : RM40
3 botol : RM120 ( percuma 1 paket syampu Noni Bsy Black Hair Magic )
5 botol : RM 200 ( percuma 2 paket syampu Noni Bsy Black Hair Magic ) 

SYAMPU NONI BSY BLACK HAIR MAGIC : RM 15





  • TEMPAHAN ONLINE 

Jika tempahan melalui online tambahan wang akan dikenakan. Bergantung kepada jumlah tempahan dan lokasi. 


Sebarang pertanyaan sila telefon/SMS atau email seperti yang tertera. Harga termasuk kos penghantaran ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.



Nota : gambar dan info di atas disalin dari laman dan blog pengiklan Noni di internet. Info lebih sahih perlu dirujuk kepada web rasmi di www.b-swan.com.my




PERHATIAN :


Sebarang kesilapan dalam artikel di atas minta diberitahu dengan kadar segera kepada Ustaz melalui sms atau email.


Pembaca diminta membuat semakan lanjut info berkenaan sebelum menggunakannya...


sebarang kerugian akibat kesalahan di sini tidak akan ditanggung oleh pihak pengendali blog.

Saturday, November 20, 2010

Video Teknik Urut

Urut Tapak Tangan dan Kaki - Siri 1



Refleksi Tangan




Titik atau poin refleksi

Menurut pakar refleksi, poin refleksi adalah kawasan titik pusat urat-urat saraf. Setiap titik refleksi berhubung rapat dengan bahagian tertentu badan. Sebenarnya kawasan refleksi ini tertabur hampir seluruh bahagian badan. Tetapi di sini huraian terperinci hanya akan menyentuh bahagian kaki sahaja.

Hasil daripada urutan refleksi ini akan menyebabkan perjalanan darah akan menjadi lancar dan membetulkan kedudukan urat saraf kepada kedudukan sebenar. Ini adalah juga menjelaskan mengapakah orang yang biasa mengamalkan urutan refleksi ini sangat mengambil berat tentang penjagaan kaki.

Oleh kerana kawasan pusat saraf terdapat pada kaki maka pakar refleksi tidak mengalakan memakai kasut yang sempit sehingga boleh menghimpit kaki semasa memakai, atau kasut yang hujungnya tirus yang bisanya dipakai oleh perempuan. Orang yang tahu dan mementingkan kesihatan tidak akan mengorbankan kesihatan mereka semata-mata kerana fesyen kasut yang diminati.

Antara penyakit yang boleh disebabkan oleh kasut yang sempit adalah seperti penyakit hidung, kepala, leher, mata, bahu, dada, buah dada, kelenjar, kelejar tiroid, paru-paru dan bronkhus. Di sini dapat dilihat betapa kaki kita boleh menentukan keadaan kesihatan kita.

Alam ini telah diciptakan dengan sangat sempurna oleh Allah yang maha kuasa sehinggakan batu-batu yang bertaburan dijalanan yang mungkin tidak berguna pada pandangan mata kasar juga sebenarnya dapat memberi manfaat sedikit sebanyak terhadap kesihatan manusia. Apabila kita berjalan tanpa mengunakan kasut atau sebarang alas kaki sambil memijak jalan yang penuh dengan batu yang mempunyai pelbagai saiz, semasa kita berjalan tersebut akan berlaku suatu proses urutan secara semulajadi terhadap kaki kita. Namun kini zaman telah berubah, jalan berbatu telah digantikan dengan jalan yang diperbuat daripada tar atau simen tambahan pula terciptanya alas kaki (kasut) maka hubungan yang intim antara manusia dan alam ini turut berkurang.

Walaupun cara perubatan ini tidak dapat diterangkan secara sains namun khasiat dan faedah yang diperolehi daripada kaedah perubatan ini sangat menakjubkan.

Antara cara
memberi tindakan kepada kawasan refleksi ialah
1. Mengunakan bahan yang panas seperti batu tungku yang diletakan hampir pada kawasan refleksi.
2. Kayu yang tumpul juga boleh digunakan sebagai kaedah mengurut.
3. Cara yang paling lazim adalah dengna mengunakan tangan atau jari .

Contoh yang paling mudah untuk menguji kebenaran atau kesahihan kaedah refleksi ini bagi yang baru mengenali dunia perubatan kaedah refleksi ini adalah dengan mencuba suatu aplikasi mudah iaitu dengan meletakan batu tungku berhampiran dengan bahagian tepi jari hantu. Setiap kali batu tungku didekatkan dengan jari, apabila terasa panas yang tak tertahan maka jauhkan batu tungku tersebut. Proses ini diulang beberapa kali. Anda akan dapat merasai kesan daripada tindakan ini. Sebenarnya kawasan refleksi ini adalah untuk mengurangkan ketegangan fikiran atau fikiran yang kusut. Apabila batu tungku tersebut didekatkan dengan jari hantu sebenarnya ianya akan menyebabkan perjalanan darah akan menjadi lebih pantas. Darah yang bergerak ini akan membawa bersama bahan makanan, hormon, oksigen, antibiotik dan lain-lain. Selain daripada itu darah yang bergerak ini juga akan membawa dan menyingkirkan bahan–bahan toksik daripada badan. Darah yang bergerak ini kemudian akan bergerak kearah otak sambil membawa bahan–bahan yang terkandung bersamanya.
Maka jika suatu bahagian yang sakit, perjalanan darah yang lancar akan membantu proses penyembuhan berlaku. Namun demikian tiada siapa dapat menerangkan apakah hubungan bahagian jari hantu tadi dengan ketegangan fikiran. Tiada bukti saintifik yang boleh menerangkan hubungan tersebut. Tetapi, berdasarkan pengalaman pemanasan bahagian jari hantu tersebut memang memberi sedikit ketenagan kepada fikiran yang mengalami ketegangan.

Seperti yang telah diterangkan sebelumnya tentang fungsi darah, jika perjalanan darah tidak lancar maka kemungkinan terdapat pemendapan bahan-bahan tertentu pada saluran-saluran darah. Ini mengurangkan jumlah darah yang mengalir pada saluran darah. Seseorang yang berpengalaman berkenaan urutan refleksi akan tahu samada bahagian kawasan refleksi tersebut mengalami masalah atau tidak. Biasanya kawasan yang mengalami masalah akan terdapat semacam ada 'pasir' pada kawasan tersebut apabila disentuh.

Selain daripada itu semasa mengurut daerah refleksi seandainya jika orang yang diurut merasa sakit atau rasa kurang selesa walaupun dengan sentuhan yang perlahan, maka ini juga petanda yang menjelaskan bahawa organ yang merujuk kepada kawasan refleksi tersebut mengalami masalah

Sebenarnya terdapat pelbagai aturan atau etika semasa mengurut kawasan refleksi ini.

** Pesakit yang ingin diurut haruslah duduk dalam keadaaan berehat dan bebas daripada memakai pakaian yang sempit yang boleh menganggu aliran darah.

** Dicadangkan urutan kawasan refleksi dengan mengunakan minyak urut yang sesuai untuk mengelakan kulit daripada cedera atau melecet.

** Semasa mengurut pula, jika pesakit merasa kesakitan yang amat sangat maka orang yang mengurut haruslah memberitahu pesakit supaya dapat menahan kesakitan yang dialami akibat urutan. Jika pesakit tidak dapat menahan kesakitan maka urutan hendaklah dihentikan seketika bagi meredakan kesakitan.

** Biasanya keberkesanan urutan refleksi ini adalah berbeza mengikut umur. Orang yang lebih muda biasanya sudah mencukupi dengan diurut 3 hingga 4 kali berbanding orang tua yang memerlukan urutan yang lebih untuk mendapat kesan yang sama.

** Dalam satu-satu masa pula, biasanya kawasan refleksi diurut selama 5 minit .Jika kesakitan yang dialami akibat kesan urutan dapat ditahan maka masa urutan sehingga 10 minit bolehlah dilakukan bagi satu–satu kawasan refleksi.

Peraturan-peraturan lain yang harus diikuti semasa kerja-kerja pengurutan dijalankan adalah seperti

** tidak melakukan pengurutan sejam selepas makan.

** Semasa mengurut kawasan refleksi, pada satu–satu masa hanya satu kawasan sahaja yang diurut, kemudian setelah selesai barulah berpindah kepada kawasan refleksi yang lain.

** Apabila selesai satu-satu sessi pengurutan haruslah minum air sebanyak dua hingga tiga gelas air. Ini adalah penting agar kotoran yang terdapat dalam badan dapat disingkirkan dengan lebih cepat, tetapi aturan ini terkecuali bagi pesakit buah pinggang. Pesakit buah pinggang hanya dibenarkan meminum air kurang daripada setengah gelas selepas pengurutan dijalankan.

** Bagi kawasan refleksi yang melibatkan kelenjar pula tidak boleh diurut terlalu keras ini adalah untuk mengelakan kesan sampingan daripada berlaku.

** Kepada mereka yang sudah teruk mengalami penyakit-penyakit seperti jantung, kencing manis, sakit kuning atau barah, cara mengurutnya adalah tidak terlalu kuat dan tiap-tiap bahagian refleksi tidak boleh diurut melebihi 2 minit bagi satu-satu masa pengurutan.

** Perkara yang sebaliknya pula harus dilakukan kepada mereka yang mengalami penyakit tulang. Mereka yang mengalami penyakit tulang harus diurut dengan kuat agar kesannya lebih cepat dirasai.

** Semasa pengurutan dilakukan kadangkala timbul kesan-kesan kehitaman pada bahagian yang diurut. Ini adalah petanda baik teruskan urutan sehingga bahagian refleksi tersebut sembuh.

** Bagi mereka yan sedang mendapatkan rawatan doktor pula disarankan agar menghentikan dahulu semua jenis ubat yang dimakan kerana ubat tersebut boleh menghalang atau melambatkan proses penyembuhan cara urutan refleksi ini. Ini terkecuali bagi para pesakit jantung dan kencing manis. Ubat yang diperolehi daripada doktor harus dimakan secara berterusan seperti biasa.

Kepada yang mengurut, terdapat juga beberapa etika atau peraturan yang harus diikut iaitu

** selepas kerja pengurutan tidak digalakan mencuci tangan serta-merta. Ini adalah penting untuk menjaga kesihatan. Namun tidak dapat diterangkan di sini kaitan antara mencuci tangan dengan gangguan kesihatan yang akan bakal berlaku.

** Yang terakhir pula adalah tidak digalakan kepada si pengurut merawat orang lain seandainya dirinya sendiri berada dalam keadaaan yang kurang sihat.

Kadangkala selepas urutan dilakukan kita boleh melihat kesan akibat daripada urutan refleksi ini. Namun reaksi yang berlaku tersebut hanyalah bersifat sementara. Seandainya berlaku kesan-kesan seperti yang diterangkan di bawah ini teruskan urutan sehingga sembuh.

Antara kesan daripada urutan refleksi ini adalah :

** seperti timbul luka dan nanah pada peha atau pada kesan parut. Ini bemaksud kotoran di dalam darah tidak berjaya disingkirkan secara normal sehingga timbul luka sebagai jalan mudah untuk mengeluarkan kotoran tersebut.

** Selain daripada itu kadangkala pesakit mengalami sakit pinggang atau punggung, ini bererti rintangan yang menghalangi peredaran darah sudah dapat dilalui oleh darah semula.

** Kadangkala pesakit juga mengalami pembengkakan pada urat. Ini sebenarnya menunjukan perjalanana darah semakin lancar.

Berdasarkan pengalaman yang pakar dalam urutan refleksi ini, antara penyakit yang mudah untuk disembuhkan adalah seperti kencing di tempat tidur, otot kejang, infeksi sendi, sakit kepala, selsema, buasir, sakit jantung dan beberapa jenis penyakit lagi.

Walaupun demikian kaedah urutan refleksi ini mempunyai had atau batasan yang tidak boleh dilampau olehnya. Antara had yang tidak dapat disembuhkan melalui kaedah ini adalah pesakit yang urat sarafnya telah mati akibat kemalangan atau ‘stroke’, pengambilan ubat-ubatan juga menyebabkan urat saraf menjadi kebal (kurang sensetif). Selain daripada itu yang terakhir adalah penyakit, khususnya barah yang telah terlambat untuk diubati(tenat). Kesemua penyakit ini langsung tidak dapat dibantu oleh kaedah perubatan refleksi ini.


Rencana Akhbar : Refleksologi, akupuntur berkait rapat


TUGAS rutin yang bertimbun di pejabat biasanya boleh memberikan tekanan kepada pekerja. Apabila terlalu tekun menyiapkan tugas, tubuh dan minda menjadi cepat letih sehingga boleh mengganggu keceriaan pada hari itu.

Selain memerlukan banyak berehat, proses urutan sedikit sebanyak dapat melegakan kesakitan dan sengal pada sendi.

Tidak hairanlah urut refleksologi, yang bermaksud terapi pengurutan tapak kaki untuk merangsang dan mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf, kian mendapat tempat di kalangan mereka yang benar-benar menghargai kesihatan.

Melaluinya, ia bukan sahaja dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri, tetapi turut melancarkan perjalanan darah, menghilangkan lenguh serta melegakan tekanan.

Lazimnya, apabila bercakap mengenai refleksologi ia tidak akan lagi daripada membicarakan tentang terapi akupuntur kerana kedua-dua rawatan ini saling berkait rapat.

Kedua-duanya adalah kaedah rawatan tradisional Cina yang telah wujud sejak zaman berzaman lagi.

Pakar Terapi Akupuntur di Xue Lian Chinese Physician dan Penjagaan Kesihatan Sdn. Bhd., Wang Xue Lian berkata, kesakitan pada otot badan mungkin wujud kerana teknik kerja yang salah atau jenis pekerjaan yang mendedahkan mereka kepada keadaan tidak selesa.

Oleh sebab refleksologi adalah seni pemulihan semula jadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga, ia dipercayai ada kaitan dan memberi gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan.

‘‘Apabila memberi tekanan kepada titik refleks dan urutan ini akan meredakan ketegangan serta memperbaiki peredaran yang sebelum ini tidak berfungsi dengan baik.

‘‘Rawatan ini baik untuk pengaliran darah ke seluruh badan bermula dari tapak kaki kerana kawasan itu mewakili atau merangkumi seluruh anggota badan.

Ia bukan sahaja dapat melegakan ketegangan, tetapi juga melancarkan pengaliran darah serta menghilangkan lenguh dan sakit otot,’’ ujarnya.

Menerangkan tentang prosedur ketika rawatan, kata Xue Lian, pakar terapi akan menyentuh refleksi pada tapak kaki pelanggan bagi mencari dan memulihkan urat saraf bermasalah.

Pakar terapi refleksologi juga mampu boleh mengesan pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, kencing manis, usus, buah pinggang, migrain dan sukar tidur.

“Jika pelanggan memberitahu jenis penyakit dihidapi, pakar akan mencari titik tertentu di tapak kaki untuk memberi rawatan dan seterusnya menyarankan mereka menjalankan rawatan akupuntur,’’ ujarnya.

Sebagai contoh, jika pesakit mengalami sakit tengkuk, pakar akan merawat refleks tengkuk yang terletak di pangkal ibu jari dan bukan menggosok tengkuk yang sakit.

Prinsip urutan refleksologi adalah mengelak daripada menyentuh tempat yang sakit supaya ia tidak menjadi lebih teruk.

Xue Lian turut memberitahu, ketika mengurut keseimbangan memainkan peranan penting. Oleh sebab itu kedua-dua telapak kaki akan diurut bagi melancarkan pengaliran darah.

Menerangkan secara ringkas mengenai rawatan akupuntur pula, beliau berkata, ia bukan sahaja berfungsi untuk merawat, sebaliknya ia mengejutkan deria yang sebelum ini ‘tertidur’ untuk bekerja seperti biasa, seterusnya mengembalikan kesihatan tubuh seperti sediakala.

Ditanya bagaimana jarum halus berfungsi mengurangkan kesakitan, katanya, dalam perubatan Cina, ketidakseimbangan aliran tenaga yang dikenali sebagai ‘qi’ (disebut chi), akan menyebabkan masalah kesihatan.

Qi ini dipercayai mengalir dalam badan melalui laluan tertentu yang boleh ditembusi pada 400 titik akupuntur.

‘‘Dengan memasukkan jarum halus pada titik berkenaan, pengamal akupuntur percaya ia boleh menyeimbangkan semula tenaga tadi dan membolehkan mekanisme pemulihan badan secara semula jadi.

‘‘Biasanya rawatan akupuntur memerlukan beberapa sesi iaitu antara 10 hingga 12 sesi. Namun, ia juga bergantung kepada beberapa faktor termasuk jenis dan tahap masalah setiap pesakit serta tindak balas badan pesakit terhadap rawatan akupuntur,” terangnya.

Menurut Xue Lian, bilangan jarum tidak boleh dijadikan sebagai pengukur keberkesanannya kerana ia sebenarnya bergantung kepada tindak balas badan terhadap rawatan.

Katanya, ada orang memang dilahirkan mempunyai tindak balas badan cepat dan bagi individu begini, mereka lebih cepat sembuh berbanding orang lain.

Beliau berkata, penggunaan akupuntur mungkin boleh melegakan kesakitan dialami tetapi jika puncanya tidak ditangani, masalah sama akan berulang.

Contohnya bagi pesakit lumpuh separuh badan dan pundi kencingnya tidak berfungsi, pengamal perubatan mungkin boleh menggunakan akupuntur sebagai satu cara memulihkan fungsi pundi kencing.

Pundi kencing boleh kembali berfungsi seperti asal jika jarum dicucuk pada titik betul.

Oleh kerana itu katanya, sebelum pelanggan menjalani rawatan akupuntur, pelanggan perlu menjalani ujian mengenalpasti tahap kesihatan, sebelum menjalani rawatan akupuntur.

Katanya, tujuan jarum ini dicucuk ialah untuk menghidupkan sel dalam badan dan membuang toksik dengan menggunakan rangsangan elektrik.

Sementara itu, koordinator di pusat tersebut, Ng Shin Cheong berkata, selain mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan, para terapi akupuntur di pusat tersebut juga terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berkelulusan dari Kolej Perubatan Henan Chinese, China.

Katanya, apa yang membezakan refleksologi dan rawatan akupuntur dengan rawatan lain, ia merupakan kaedah penjagaan kesihatan yang tidak menggunakan sebarang ubat dan tidak sakit.

Apa yang anda perlu tahu tentang refleksologi

* Berdasarkan sejarah, rawatan refleksologi berasal dari Mesir sebelum disebarkan ke seluruh dunia, terutama China, sejak 5,000 tahun dahulu.

* Ia boleh meredakan tekanan sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran.

* Refleksologi berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki adalah cermin kepada anggota badan (kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki kanan pula menggambarkan anggota kanan badan).

* Walaupun refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan kesihatan, tetapi jika mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki, anda disaran mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.

* Berusia ratusan tahun yang lalu, rawatan alternatif akupuntur amat terkenal kerana kemujaraban merawat penyakit.

* Akupuntur berasal daripada perkataan Greece, iaitu acus (jarum) dan puncture bermakna cucuk.

* Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari 2002 sehingga 2005 mendapati, populariti akupuntur sebagai rawatan pelengkap semakin meningkat.

* Walaupun tiada data mengenai penggunaan akupuntur di Malaysia, tetapi ia juga dilihat semakin popular, malah turut diperkenalkan di hospital kerajaan dan swasta bagi melengkapkan lagi rawatan.

* Mereka yang menjalani rawatan akupuntur juga dinasihatkan berpantang, termasuk mengamalkan gaya hidup sihat.


Utusan Malaysia